Pertandingan terbuka kepada semua pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah sesi pembelajaran 2020.
Pertandingan ini hanya ditawarkan kepada sekolah rendah dan sekolah menengah yang berada di dalam kawasan projek River of Life (ROL) di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sahaja.
Setiap sekolah perlu diwakili oleh seorang guru penasihat.
Tiada bilangan maksimum bagi setiap sekolah untuk menghantar penyertaan bagi peringkat pertama — setiap sekolah boleh menghantar seberapa banyak penyertaan. Namun, hanya 25 finalis bagi setiap kategori (Juara Sang Singa dan Juara Beruang Besar di peringkat sekolah rendah; Juara Minda Muda dan Juara Sahabat Sekitar di peringkat sekolah menengah) akan dipilih untuk peringkat seterusnya.
Pertandingan ini akan bermula pada 6hb Julai 2020.
Peringkat pertama pertandingan akan ditutup pada 24hb Julai 2020.
Finalis yang dipilih untuk menerusi ke peringkat kedua pertandingan akan diumumkan pada 30hb Julai 2020.
Peringkat kedua pertandingan akan ditutup pada 16hb Ogos 2020.
Semua penyertaan oleh peserta dan sekolah yang memenuhi terma dan syarat akan menerima sijil penyertaan.
EcoKnights berhak untuk membatalkan penyertaan mana-mana penyertaan yang tidak mematuhi syarat di atas atau syarat lain yang berkaitan.
EcoKnights berhak untuk membuat keputusan muktamad atas permohonan yang dibuat.
Sekolah Rendah
Bagi peringkat pertama pertandingan untuk sekolah rendah, setiap pelajar perlu menghantar lakaran karya seni yang akan mereka hasilkan. Lakaran ini boleh dilakukan menggunakan apa-apa medium (contoh kertas atau melalui perisian/aplikasi seperti Adobe Photoshop) dan dihantar kepada kami di dalam bentuk gambar atau video, berserta deskripsi ringkas mengenai lakaran tersebut.
Para pelajar sekolah rendah akan mula mencipta karya seni 3-dimensi mereka hanya setelah diumumkan sebagai layak ke peringkat kedua.
Setiap pelajar hanya boleh menghantar SATU (1) karya seni setiap seorang.
Setiap peserta sekolah rendah yang berdaftar dan layak ke peringkat kedua akan menerima SATU (1) kit seni pelengkap.
Di peringkat kedua, setiap sekolah hanya boleh diwakili oleh seorang guru penasihat.
Di peringkat kedua, peserta perlu menghantar gambar karya seni mereka yang diambil dari setiap sudut (atas, hadapan, belakang dan sisi).
Setiap karya seni yang dihantar hendaklah mempunyai tandatangan rasmi atau pengesahan dari pihak sekolah.
Karya seni yang dihantar mestilah hasil ciptaan asli pelajar yang mengambil bahagian. Sesuai dengan tema program, karya seni mesti dibuat dengan menggunakan bahan yang boleh digunakan semula atau sampah yang dapat di kitar semula.
Peserta pertandingan yang menyerahkan karya seni yang didapati melakukan plagiat akan terus hilang kelayakan.
Hanya lima karya seni terbaik untuk setiap kategori sahaja akan dipilih untuk menjadi finalis Anugerah Hijau 202
Format Karya Seni 3D
Karya seni perlu dihasilkan menggunakan bahan-bahan terpakai yang boleh dikitar semula seperti surat khabar, tin minuman, kotak, gelas, plastik, dan sebagainya.
Jika murid perlu menggunakan bahan baharu bagi penyediaan karya seni tersebut, bahan tersebut hanyalah bertujuan untuk melengkapkan bahan-bahan terpakai dan bukan digunakan sebagai bahan asas.
Sekolah Menengah
Di peringkat pertama, setiap pelajar hanya boleh menghantar SATU (1) draf sajak setiap seorang.
Bilangan rangkap bagi draf sajak pada peringkat pertama tidak terhad.
Di peringkat kedua, setiap sekolah hanya boleh diwakili oleh seorang guru penasihat.
Pada peringkat kedua, finalis yang dipilih perlu menambah baik semula penulisan draf sajak yang ditulis, mendeklamasikan sajak tersebut lalu menghantar video tersebut.
Setiap karya seni yang dihantar hendaklah mempunyai tandatangan rasmi atau pengesahan dari pihak sekolah.
Karya seni yang dihantar mestilah hasil ciptaan asli pelajar yang mengambil bahagian
Peserta pertandingan yang menyerahkan karya seni yang didapati melakukan plagiat akan terus hilang kelayakan.
Hanya lima karya seni terbaik untuk setiap kategori sahaja akan dipilih untuk menjadi finalis Anugerah Hijau 2020.
Tarikh Tutup Penghantaran
Semua penyerahan lakaran karya seni bagi kedua-dua Kategori Sisa ke Seni (sekolah rendah) dan Ajak Bersajak (sekolah menengah) di peringkat pertama pertandingan perlu dihantar secara atas talian sebelum jam 6:00 petang pada 20hb Julai 2020.
Semua penyerahan hasil kerja bagi bagi kedua-dua Kategori Sisa ke Seni (sekolah rendah) dan Ajak Bersajak (sekolah menengah) untuk peringkat kedua hendaklah dihantar secara atas talian sebelum jam6:00 petang pada 12hb Ogos 2020 (Ahad). Borang online akan ditutup selepas tarikh tersebut.
Untuk Kategori Sisa ke Seni bagi peringkat sekolah rendah, peserta perlu menghantar gambar karya seni mereka yang diambil dari setiap sudut (atas, hadapan, belakang dan sisi).
Untuk Kategori Ajak Bersajak bagi peringkat sekolah menengah, peserta perlu mendeklamasikan sajak yang telah ditulis lalu menghantar video tersebut.