Pada tahun ini, sasaran Anugerah Hijau adalah untuk membangkitkan rasa cinta terhadap sungai dalam kalangan para pelajar, guru, pentadbir sekolah dan organisasi kerajaan. Tanpa adanya rasa cinta dan sayang kepada sungai serta kepekaan terhadap masalah pencemaran, sungai-sungai kita, terutamanya Sungai Klang, tidak akan pernah dititik beratkan.
Pihak kami berharap untuk mendidik generasi muda untuk menanam sikap bertanggungjawab terhadap sisa yang mereka hasilkan. Seterusnya, golongan ini akan dapat mengamalkan cara hidup yang lebih teratur terhadap pengurusan sisa dan memupuk elemen kelestarian di dalam diri masing-masing.