Pada tahun ini, sasaran Anugerah Hijau adalah untuk membangkitkan rasa cinta terhadap sungai dalam kalangan para pelajar, guru, pentadbir sekolah dan organisasi kerajaan. Tanpa adanya rasa cinta dan sayang kepada sungai serta peka terhadap masalah pencemaran sungai lebih-lebih lagi Sungai Klang tidak akan pernah dititik beratkan. Pihak kami berharap untuk mendidik generasi muda untuk menanam sikap bertanggungjawab terhadap sisa yang mereka hasilkan. Seterusnya, golongan ini akan dapat mengamalkan cara hidup yang lebih teratur terhadap pengurusan sisa dan memupuk elemen kelestarian di dalam diri masing-masing.

Melalui pendekatan yang lebih menarik, pihak kami ingin menarik minat pelajar untuk menggunakan kreativiti mereka untuk menghasilkan filem supaya dapat memperkenalkan rakan sebaya mereka kepada cara pengurusan sisa yang lebih baik.

Pertandingan ini bertujuan untuk:

  • Mendidik generasi muda tentang pengurusan sampah dan bagaimana ia dapat dijalankan di sekolah.
  • Menggalakkan pemikiran secara kritikal dan kreatif dengan menyediakan latihan kepada sekolah dan menggalakkan pelajar untuk mengekspresikan idea kreativiti mereka.

Tema untuk pertandingan 2019:

Pelindung Sungai Klang

Untuk edisi kali ini, tema yang dipilih ialah ‘Pelindung Sungai Klang’. Tema ini dipilih kerana kita mencari belia yang ambil berat terhadap Sungai Klang yang semakin tercemar. Melalui tema ini, kami berharap dapat melahirkan generasi belia yang dapat menjaga sungai kita secara aktif dan kreatif.

Dua kategori utama yang akan dipertandingkan ialah: Aktif Sepenuhnya (Totally Active) dan Sememangnya Kreatif (Absolutely Creative). Setiap sekolah yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghasilkan satu kertas kerja mengikut salah satu kategori dipertandingkan. Kertas kerja tersebut mestilah mengikut kriteria kategori yang berikut:

Aktif Sepenuhnya
(Totally Active)

Aktif Sepenuhya atau Totally Active: Adalah kategori yang memfokuskan tindakan terhadap pengurusan sisa dengan melibatkan komuniti sekolah (guru, pekerja am dan pelajar). Kategori ini juga ingin mengalakkan sekolah untuk mengamalkan dan melaksanakan konsep pengurusan sisa yang terbaik. Contoh: Pengumpulan sisa pepejal secara berkala.

Ciri-ciri TOTALLY ACTIVE:

  • Inisiatif yang dilaksanakan untuk menangani sisa buangan sekolah ke atas saluran air bandar (longkang atau sungai) melalui projek secara aktif (di seluruh sekolah, atau di seluruh komuniti) yang menunjukkan usaha projek River of Life.
  • Penyerahan sebarang idea projek yang boleh dilaksanakan secara langsung di sekolah untuk menunjukkan pendekatan sekolah dan usaha untuk mengurangkan kesannya ke ekosistem sungai.
  • Contoh 1: Projek komuniti di mana pelajar, bersama dengan komuniti berdekatan, bekerjasama untuk mengumpulkan sisa buangan organik (kebun atau makanan) untuk dijadikan baja kompos yang boleh digunakan untuk tanaman di sekitar sekolah.
  • Contoh 2: Projek sekolah di mana pelajar dan kakitangan sekolah bekerjasama untuk mengutipkan, mengumpulkan, mengasingkan dan mengitar semula sisa pepejal seperti kertas, plastik, kaca, logam dan lain-lain.
Sekumpulan pelajar mengasingkan sisa pepejal yang dikumpulkan sebelum ini.

Sememangnya Kreatif
(Absolutely Creative)

Sememangnya Kreatif atau Absolutely Creative’: Adalah kategori yang memerlukan peserta untuk menghasilkan filem atau liputan berita dengan sangat kreatif. Kategori ini dapat melebarkan kreativiti pelajar untuk mengeksplorasi kepentingan sungai melalui lensa kamera dan idea mereka dengan kreatif. Melalui kategori ini juga, peserta dapat menarik minat pelajar lain untuk menghasilkan karya berkaitan sungai.

Ciri-ciri ABSOLUTELY CREATIVE:

  • Pendekatan yang kreatif untuk menggalakkan penglibatan awam dalam projek ‘River of Life untuk meningkatkan komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam kepada Sungai Klang menjadi lebih baik.
  • Penyertaan visual kreatif berdurasi TIDAK BOLEH MELEBIHI DARIPADA 5 MINIT untuk meningkatkan kesedaran atau mesej penting di sungai melalui filem atau liputan berita.
  • Contoh: Menghasilkan sebuah filem dengan cara bagaimana untuk mengurangkan sisa di sungai (ia boleh menjadi Pengumuman Perkhidmatan Awam (PSA).
Sekumpulan pelajar membuat pengambilan filem mengenai ‘River of Life’ di sekitar Dataran Merdeka.

Manfaat

Melalui penyertaan sekolah di dalam pertandingan ini, anda mampu:

  1. Mempengaruhi kesedaran mengenai pengurusan sisa dan sungai dalam kalangan komuniti sekolah.
  2. Meningkatkan kerjasama diantara anda dan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang dan menghasilkan idea untuk membentuk sistem pengurusan sampah yang terbaik di sekolah.
  3. Membina kemahiran kepimpinan diantara anda dan rakan-rakan bersama dengan kemahiran organisasi, menganalisis masalah dan kerja secara berpasukan.
  4. Melahirkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengamalkan amalan peka terhadap sampah yang dihasillkan di dalam lingkungan anda dan rakan-rakan.
  5. Memupuk kreativiti pelajar dalam memberi informasi dan kesedaran terhadap alam sekitar kepada rakan sebaya.

Sekolah yang peka terhadap alam sekitar dapat memberi peluang kepada anda untuk belajar tentang:

  1. Kemahiran analisis
  2. Kemahiran berkomunikasi
  3. Prinsip-prinsip asas perniagaan
  4. Kepentingan budaya komuniti dan kerjasama
  5. Peka terhadap isu-isu berkaitan dengan alam sekitar

Yang paling menarik, ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda dan rakan–rakan anda menyelamatkan sungai kita. Anda dapat mempelajari cara mengurangkan aliran sampah dan menjaga sungai-sungai kita bebas dari sampah. Setiap aspek tersebut dapat mendekatkan anda dengan alam sekitar.