AMLIR AYAT (ECOKNIGHTS)

Encik Amlir memulakan kerjayanya di Dana Hidupan Liar Sedunia-World Wildlife Fund (WWF) Malaysia sebagai Pegawai Pendidikan yang bertanggungjawab melaksanakan program pendidikan bagi institusi akademik, masyarakat awam, dan sektor kerajaan mahupun korporat. Beliau mempunyai pengalaman bertahun-tahun dalam pembangunan kapasiti komuniti luar bandar dan tempatan, terutamanya dalam aspek kepelbagaian bio, ekopelancongan dan pengurusan air. Beliau merupakan perintis Projek Penchala, dimana projek tersebut melibatkan pengurusan lembangan sungai berasaskan komuniti bandar, yang pertama seumpamanya di Malaysia. Encik Amlir Ayat juga terlibat dalam Projek Pembangunan Masyarakat Kenong, pengurusan biodiversiti berasaskan komuniti luar bandar, resolusi konflik Manusia-Gajah dan inisiatif ekopelancongan, yang juga merupakan yang pertama di Malaysia, diikuti oleh Projek Penyelesaian Konflik Manusia-Harimau di Terengganu. Selain menjadi seorang penulis jemputan berkaitan alam sekitar di beberapa majalah dan akhbar, dan penceramah undangan di institusi akademik tempatan, beliau juga turut muncul di kaca televisyen bagi membincangkan isu-isu alam sekitar tempatan.

Di EcoKnights, Encik Amlir Ayat berperanan sebagai Penasihat kepada semua perkara yang berkaitan dengan pemuliharaan berasaskan komuniti. Beliau boleh dihubungi di amlir@ecoknights.org.my

FONG CHUEN FAR (ERE)

Cik Fong Chuen Far merupakan ahli ekologi akuatik yang berpengalaman lebih daripada 14 tahun dalam bidang pengurusan dan perancangan sumber akuatik dan kepelbagaian di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Beliau mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang penyelidikan ekologi akuatik terutamanya fungsi ekologi, pengagihan dan kekayaan sumber akuatik.

Cik Fong Chuen Far telah terlibat secara aktif dalam projek perancangan zon akuatik Peringkat Nasional dan Negeri termasuk Dasar Kebangsaan berkenaan Kepelbagaian Biologi, Pelan Fizikal Pantai Negara, Pelan Strategik dan Stategi Biodiversiti Sabah, Pelan Pengurusan Pantai Bersepadu Pulau Pinang dan untuk Pelan Pengurusan Paya Kota Kinabalu.

NORHIDAYAH BT. ABU HASSAN (JPS)

Puan Norhidayah merupakan Penolong Kanan Pengarah (jurutera awam) di Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan 10 tahun pengalaman dalam pengurusan projek bagi Projek Tebatan Banjir di Sungai Perai, Penolong Jurutera Daerah (JPS) di Gombak dan pegawai di Bahagian Korporat JPS. Kini beliau menumpukan perhatian kepada Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) sebagai sekretariat Pasukan Petugas Pembersihan Sungai.