Tentang Kami

Anugerah Hijau 2020

Pada tahun ini, sasaran Anugerah Hijau adalah untuk membangkitkan rasa cinta terhadap sungai dalam kalangan para pelajar, guru, pentadbir sekolah dan organisasi kerajaan. Tanpa adanya rasa cinta dan sayang kepada sungai serta kepekaan terhadap masalah pencemaran, sungai-sungai kita, terutamanya Sungai Klang, tidak akan pernah dititik beratkan. 

 

Pihak kami berharap untuk mendidik generasi muda untuk menanam sikap bertanggungjawab terhadap sisa yang mereka hasilkan. Seterusnya, golongan ini akan dapat mengamalkan cara hidup yang lebih teratur terhadap pengurusan sisa dan memupuk elemen kelestarian di dalam diri masing-masing.

TEMA UNTUK PERTANDINGAN 2020

GENERASI KREATIF UNTUK SUNGAI KLANG

Hari Alam Sekitar Sedunia 2020 bertema “Time for Nature: Waktunya untuk Alam” memberi fokus tertentu kepada persediaan infrastruktur yang dapat menyokong kehidupan di bumi, serta perkembangan manusia.

Bersempena dengan ini, Anugerah Hijau pada tahun ini telah memilih tema ‘Generasi Kreatif Untuk Sungai Klang’. Ini kerana kami mencari belia yang mengambil berat terhadap Sungai Klang yang semakin tercemar. Melalui tema ini, kami ingin mencari belia yang dapat memupuk semangat cinta akan alam sekitar dengan cara yang kreatif.

Melalui pendekatan yang lebih menarik, pihak kami ingin menarik minat pelajar untuk menggunakan kreativiti mereka dalam menghasilkan karya seni bertemakan alam sekitar.


Pertandingan ini bertujuan untuk:

  • Menggalakkan penglibatan awam untuk meningkatkan komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam terhadap sungai.
  • Meningkatkan tahap pemikiran secara kritikal dan kreatif dengan menginspirasi pelajar untuk mengekspresikan idea kreatif mereka.

Sekolah Rendah

'Sisa Ke Seni'

Pada peringkat sekolah rendah, dua kategori utama yang akan dipertandingkan ialah: Juara Eko Sang Singa “Little Lion Eco Champ” dan Juara Eko Beruang Besar “Big Bear Eco Champ”. Setiap pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghasilkan satu karya seni 3-dimensi menggunakan bahan terpakai atau yang boleh dikitar semula, mengikut kriteria kategori yang berikut:

 

  • Juara Eko Sang Singa “Little Lion Eco Champ”

Juara Eko Singa Kecil atau Little Lion Eco Champ: Adalah kategori bagi penyertaan dari para pelajar Tahap 1, iaitu mereka yang berada di dalam Darjah 1 sehingga Darjah 3.

 

  • Juara Eko Beruang Besar (Big Bear Eco Champ)

Juara Eko Beruang Besar atau Big Bear Eco Champ: Adalah kategori bagi penyertaan dari para pelajar Tahap 2, iaitu mereka yang berada di dalam Darjah 4 sehingga Darjah 6.

Sekolah Menengah

'Ajak Bersajak'

Pada peringkat sekolah menengah, dua kategori utama yang akan dipertandingkan ialah: Juara Minda Muda “Young Minds” dan Juara Sahabat Sekitar “Eco Friends”. Setiap pelajar yang ingin menyertai pertandingan ini perlu menghantar hasil karya tersendiri (tidak diambil dari sumber-sumber sedia ada. Peserta yang terpilih akan mengikuti webinar tentang cara-cara menambahbaik penulisan sajak, dan akhirnya perlu mendeklamasikan hasil sajak mereka melalui video selari dengan tema Anugerah Hijau 2020, mengikut kriteria kategori yang berikut:

 

  • Juara Minda Muda “Young Minds”

Juara Minda Muda atau Young Minds: Adalah kategori bagi penyertaan dari para pelajar Tahap 1, iaitu mereka yang berada di dalam Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3.

 

  • Juara Sahabat Sekitar “Eco Friends”

Juara Sahabat Sekitar atau Eco Friends: Adalah kategori bagi penyertaan dari para pelajar Tahap 2, iaitu mereka yang berada di dalam Tingkatan 4 sehingga Tingkatan 5.

Manfaat

Melalui penyertaan sekolah di dalam pertandingan ini, anda mampu:

  1. Mempengaruhi kesedaran mengenai pengurusan sisa dan sungai di dalam kalangan komuniti sekolah.
  2. Menghasilkan karya seni menggunakan bahan-bahan yang jika tidak digunakan semula, hanya akan menyumbang kepada peningkatan dalam tahap kebergantungan terhadap tapak pelupusan.
  3. Membina kemahiran kepimpinan di antara anda dan rakan-rakan bersama dengan kemahiran organisasi, menganalisis masalah dan kerja secara berpasukan.
  4. Melahirkan sikap bertanggungjawab terhadap alam sekitar dan mengamalkan amalan peka terhadap sampah yang dihasillkan di dalam lingkungan anda dan rakan-rakan.
  5. Memupuk kreativiti pelajar dalam memberi informasi dan kesedaran terhadap alam sekitar kepada rakan sebaya.

Sekolah yang peka terhadap alam sekitar dapat memberi peluang kepada anda untuk belajar tentang:

  1. Kemahiran analisis
  2. Kemahiran berkomunikasi
  3. Prinsip-prinsip asas perniagaan
  4. Kepentingan budaya komuniti dan kerjasama
  5. Peka terhadap isu-isu berkaitan dengan alam sekitar

Yang paling menarik, ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda dan rakan–rakan anda menyelamatkan sungai kita. Anda dapat mempelajari cara mengurangkan aliran sampah dan memastikan sungai-sungai kita bebas dari sampah. Setiap aspek tersebut dapat mendekatkan anda dengan alam sekitar.

X