Oleh Nur Madihah

8hb Julai 2019 (Isnin) – Ecoknights dan Asia Pacific Environmental Consultants (ASPEC) dijemput ke SMK Darul Ehsan bagi mengadakan taklimat berkenaan Anugerah Hijau 2019 dan mendedahkan kepada para pelajar kepentingan menjaga sungai. Taklimat ini disertai oleh 97 orang pelajar daripada SMK Darul Ehsan, SMK Seri Kundasang, SMK Sungai Pusu, SMK Kepong, dan SMK Seri Selayang.

Pada tahun 2018, sungai-sungai di sekitar Kuala Lumpur dilapor berada pada Fasa 3 (air memerlukan rawatan intensif) dan Fasa 4 (hanya untuk tujuan pengairan). Maka, tujuan taklimat mengenai Sungai Nadi Kehidupan ini diadakan adalah untuk memberi pencerahan dan mengajar para peserta betapa pentingnya menjaga sungai kita.

Selain itu, taklimat mengenai Pertandingan Anugerah Hijau 2019 turut diadakan bagi menerangkan secara terperinci mengenai program yang akan diadakan. Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 boleh diakses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2019: http://anugerahhijau.my/.

Ucapan disampaikan oleh Penolong Kanan SMK Darul Ehsan, En. Haji Razali Bin Salleh
Taklimat Sungai Nadi Kehidupan disampaikan oleh wakil ASPEC, Saudari Michelle
Para pelajar tekun mendengar taklimat yang disampaikan
Wakil EcoKnights, Saudara Ardiansyah menyampaikan taklimat Anugerah Hijau
Peserta bersemangat menyertai aktiviti yang dijalankan
Sesi penyampaian cenderamata kepada sekolah yang terlibat