oleh Low Yee Ting

20hb Jun 2019 (Khamis) – Setelah lebih daripada dua bulan menjalankan jerayawara di sekolah-sekolah menengah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Negeri Selangor, Jerayawara Anugerah Hijau 2019 telah akhirnya sampai ke penghujung. Bertarikh 19hb Jun 2019 (Rabu), Jerayawara Anugerah Hijau 2019 yang terakhir telah dijalankan di SMK Seri Sentosa dan SMK Aminuddin Baki, masing-masing diwakili oleh Cikgu Anisah dan Cikgu Mardiah.

Jerayawara Anugerah Hijau 2019 memfokuskan kepentingan sungai terhadap manusia serta fauna dan flora. Dalam sesi taklimat, maklumat-maklumat berkaitan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 telah dikongsikan oleh EcoKnights manakala maklumat-maklumat berkaitan Program Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) dikongsikan oleh ERE Consulting Group Sdn Bhd. Bukan itu sahaja, EcoKnights juga berkongsi ilmu pengetahuan tentang kompos dan lalat askar hitam di SMK Seri Sentosa. Jerayawara sebegini telah memberi kesempatan yang baik kepada pihak sekolah untuk membincangkan secara lebih lanjut dan lebih dekat berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2019.

Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 boleh didapati pada laman web rasmi Anugerah Hijau 2019 http://anugerahhijau.my/. Bagi pihak sekolah yang berminat untuk menyertai Jerayawara Anugerah Hijau sesi tahun depan, sila hantarkan emel kepada info@anugerahhijau.my. Semoga berjaya diucapkan kepada semua sekolah yang telah menghantarkan idea kertas kerja mereka pada hujung bulan Mei. Sila menanti-nantikan keputusan finalis yang akan diumumkan pada 17hb Julai 2019.

Maklumat-maklumat berkaitan Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) telah dikongsikan oleh ERE Consulting Group Sdn Bhd di SMK Seri Sentosa (kiri) dan SMK Aminuddin Baki (kanan).

T-Shirt Anugerah Hijau 2019 telah dihadiahkan sebagai tanda penghargaan kepada pelajar-pelajar dari SMK Seri Sentosa (kiri) dan SMK Aminuddin Baki (kanan) yang melibatkan diri dalam sesi soal jawab.

Gambar bersama guru-guru dan pelajar-pelajar dari SMK Seri Sentosa (kiri) dan SMK Aminuddin Baki (kanan).