oleh Low Yee Ting

27hb April 2019 (Sabtu) – Pasukan EcoKnights telah meneruskan perjuangan jerayawara mereka ke SMK Shah Alam (pada 25hb April) dan SMK Ideal Heights (pada 26hb April), atas jemputan Guru Penolong Kanan Kokurikulum, Cikgu Noorlia dan Cikgu Norshimah.

Melalui jerayawara itu, EcoKnights telah mempromosikan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 dan menerangkan cara-cara melindungi sungai kita kepada 100 orang pelajar SMK Shah Alam dan 80 orang pelajar SMK Ideal Heights. Selain itu, saudara Firdaus dan saudari Michelle dari Asia Pacific Environmental Consultant Sdn Bhd (ASPEC) turut menyertai jerayawara di SMK Ideal Heights untuk memberi taklimat tentang Projek Sungai Nadi Kehidupan (River Of Life) kepada para pelajar.

Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 boleh diakses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2019: http://anugerahhijau.my/.

Pelajar SMK Shah Alam menjalankan aktiviti semasa jerayawara dijalankan
Saudara Firdaus memberi taklimat tentang Projek Sungai Nadi Kehidupan di SMK Ideal Heights.
Sesi bergambar dengan guru-guru dan pelajar-pelajar dari SMK Shah Alam
Sesi penyampaian cederamata kepada pelajar SMK Ideals Heights. yang menjawab soalan kuiz.