oleh Muhammad Hafiz Ardiansyah

17hb April 2019 (Rabu) – Pasukan EcoKnights (4 orang) bersama Asia Pacific Environmental Consultant Sdn Bhd (ASPEC, 2 orang) telah memberikan ceramah bertajuk “Lindungi Sungai Kita” dan mempromosikan Anugerah Hijau 2019 di tiga buah sekolah pada hari yang sama. Sekolah-sekolah tersebut dan bilangan pelajar yang terlibat adalah SMK Alam Damai (120 orang pelajar), SMK Sungai Besi (160 orang pelajar) dan SMK Dato’Ahmad Razali (60 orang pelajar). Kebanyakan pelajar tersebut terdiri daripada ahli Kelab Geografi, Kelab Kitar Semula, Kelab Inovasi, Kelab Fotografi, Kelab Remaja dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

Jerayawara dimulakan dengan pengenalan projek Sungai Nadi Kehidupan dan diteruskan dengan perbentangan mengenai air dan sungai. Video Anugerah Hijau 2019 turut ditayangkan bagi menggalakkan para pelajar menyertai pertandingan tersebut.

Ketiga-tiga jerayawara pada hari itu diakhiri dengan sesi penyampaian tanda penghargaan dan sesi bergambar antara EcoKnights dengan pihak sekolah.

Pelajar dari SMK Sungai Besi menikmati tayangan video Anugerah Hijau 2018.
Pelajar dari SMK Dato' Ahmad Razali berkongsikan harapan dia terhadap keadaan sungai dalam Malaysia 10 tahun yang akan datang.
T-Shirt AH2019 dihadiahkan sebagai tandatangan kepada pelajar yang menyertai sesi soal jawab semasa jerayawara dijalankan.
Gambar bersama pelajar SMK Sungai Besi.