oleh Low Yee Ting
23hb Mei 2019 (Khamis) – Jerayawara Pertandingan Anugerah Hijau 2019 turut dijalankan di SMK Taman Kosas atas jemputan Cikgu Ulhusna binti Che Nong, dan diwakili saudari Low Yee Ting dan saudara Muhammad Hafiz Ardiansyah dari EcoKnights serta saudari Michelle dan Alicia dari Asia Pacific Environmental Consultant Sdn Bhd (ASPEC). 80 orang pelajar daripada Tingkatan 3 telah terlibat dalam jerayawara ini.
Saudara Muhammad Hafiz Ardiansyah telah menyampaikan taklimat bertopikkan sungai manakala saudari Michelle berkongsi maklumat tentang projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) kepada para pelajar. Tidak ketinggalan, maklumat-maklumat berkaitan pertandingan Anugerah Hijau 2019 turut dikongsikan oleh pihak EcoKnights.
Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 boleh diakses melalui laman web rasmi Anugerah Hijau 2019: http://anugerahhijau.my/.



