oleh Muhammad Hafiz Ardiansyah

3hb April 2019 (Rabu) – Kumpulan EcoKnights telah memberikan ceramah yang berkaitan dengan sungai dan mempromosikan Anugerah Hijau 2019 buat kali pertama di SMK Pandan Indah. Ceramah tersebut diketuai oleh 3 orang ahli EcoKnights dan 2 orang ahli Asia Pacific Environmental Consultants (ASPEC) serta dihadiri oleh 100 orang pelajar. Ceramah tersebut telah berjalan secara lancar.

Ceramah tersebut dimulai dengan pengenalan projek Sungai Nadi Kehidupan (Rive of Life) dan diteruskan oleh perkongsian bagaimana sungai terbentuk, kepentingan sungai serta pengenalan pertandingan Anugerah Hijau 2019. Untuk menarik perhatian murid-murid, permainan tentang ciri-cir sungai yang bersih dan sungai yang kotor turut diadakan sempena ceramah dijalankan.

Ceramah tersebut diakhiri dengan penyampaian tanda penghargaan antara cikgu sekolah dengan EcoKnights..

ASPEC memperkenalkan projek Sungai Nadi Kehidupan
EcoKnights memberikan ceramah bertemakan sungai dan air.
EcoKnights menghadiahi t-shirt Anugerah Hijau 2019 sebagai tanda penghargaan kepada cikgu sekolah