oleh Low Yee Ting

24hb April 2019 (Rabu) – Jerayawara Anugerah Hijau 2019 telah diteruskan di SMK Seri Ampang dan SMK Datok Lokman yang masing-masing diwakili oleh Cikgu Wan Azhani dan Cikgu Haslinda selaku guru penasihat kelab.

Seramai 400 orang pelajar SMK Seri Ampang dan 50 orang pelajar SMK Datok Lokman telah menyertai jerayawara yang memfokuskan kepentingan sungai terhadap alam sekitar ini. Pihak EcoKnights berkongsikan terma dan syarat menyertai Pertandingan Anugerah Hijau 2019 manakala pihak ERE Consulting Group Sdn Bhd selaku wakil dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) telah berkongsi maklumat-maklumat berkaitan Projek Sungai Nadi Kehidupan (River Of Life).

Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 boleh diakses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2019: http://anugerahhijau.my/.

Cik Fong dari ERE Consulting Group Sdn Bhd telah berkongsi maklumat-maklumat berkaitan Projek Sungai Kehidupan Nadi di SMK Seri Ampang.
Sesi soal jawab sempena jerayawara
Sesi penyampaian cederamata bersama SMK Seri Ampang (kiri) dan SMK Datok Lokman (kanan) sebagai tanda penghargaan
Foto berkumpulan bersama pelajar SMK Seri Ampang (kiri) dan SMK Datok Lokman (kanan)