oleh Raisalih Juhan

3hb Mei 2019 (Jumaat) – EcoKnights bersama dengan ERE Consulting Group Sdn Bhd telah mempromosikan pertandingan Anugerah Hijau 2019 kepada dua buah sekolah iaitu SM Sains Alam Shah pada 29hb April 2019 (Isnin) dan SMK Convert Bukit Nanas pada 2hb Mei 2019 (Khamis). Sebanyak 100 orang pelajar SM Sains Alam Shah dan 200 orang pelajar SMK Convert Bukit Nanas telah menyertai perbentangan yang diadakan.

ERE Consulting Group Sdn Bhd telah memberi taklimat berkenaan Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life project), apa yang dijalankan sepanjang projek tersebut dan bagaimana manusia memberi kesan negatif terhadap sungai melalui tingkah laku diri sendiri. Selepas itu, wakil dari EcoKnights meneruskan jerayawara dengan berbicara berkenaan ekosistem sungai kita dan bagaimana setiap komponen yang ada di dalamnya mempengaruhi satu sama lain.

Secara ringkasnya, dua jerayawara diakhiri dengan berjaya, dan diharapkan Anugerah Hijau akan terus mendapat sambutan yang baik tahun ini. Anugerah Hijau 2019 merupakan salah satu platform besar bagi pelajar-pelajar untuk menunjukkan alternatif menyelamatkan sungai kita. Maklumat lanjut berkenaan pertandingan ini boleh diakses melalui laman web rasmi Anugerah Hijau 2019: http://anugerahhijau.my/.

Wakil dari ERE Consulting Group dan EcoKnights memberi taklimat kepada para pelajar.
Tiga pelajar telah berkongsi harapan mereka terhadap keadaan sungai 10 tahun yang akan datang.
Foto kumpulan di SM Sains Alah Shah (kiri) dan SMK Convert Bukit Nanas (kanan).