oleh Low Yee Ting

2hb Mei 2019 (Khamis) – SMK Darul Ehsan telah menjemput EcoKnights dan Asia Pacific Environmental Consultant Sdn Bhd (ASPEC) bagi menyampaikan taklimat yang bertopikkan sungai dan menyertai Majlis Pelancaran Program Bank Kitar Semula 2019 di sekolah mereka. Program hari itu disertai oleh 40 orang pelajar dari Tingkatan 1, 2 dan 4.

Dengan memfokuskan tema Anugerah Hijau 2019 iaitu Pelindungi Sungai Klang, EcoKnights telah memberi taklimat tentang kepentingan sungai terhadap manusia. Tidak ketinggalan, maklumat-maklumat berkaitan pertandingan Anugerah Hijau 2019 turut dikongsikan oleh saudari Low Yee Ting manakala saudari Michelle dari ASPEC juga mengambil peluang untuk menerangkan projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life).

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2019 boleh di akses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2019: http://anugerahhijau.my/.

EcoKnights dan ASPEC telah menyertai Majlis Pelancaran Program Bank Kitar Semula 2019 di SMK Darul Ehsan.
Saudari Michelle menerangkan projek Sungai Nadi Kehidupan kepada para pelajar.
Taklimat tentang kepentingan sungai terhadap manusia telah diberikan oleh saudari Low Yee Ting
Sesi penyampaian cederamata pihak EcoKnights kepada guru-guru
Sesi foto berkumpulan selepas jerayawara