oleh Low Yee Ting

8hb Mei 2019 (Rabu) – Jerayawara Pertandingan Anugerah Hijau 2019 telah diteruskan ke SMK Dato’ Onn dengan jemputan Cikgu Akmaharyani. Saudari Low Yee Ting dan saudara Muhammad Hafiz Ardiansyah dari EcoKnights serta saudari Fong Chuen Far dari ERE Consulting Group Sdn Bhd telah melibatkan diri dalam jerayawara tersebut. Jerayawara itu telah dihadiri oleh 50 orang pelajar Tingkatan 2.

Sempena jerayawara tersebut, taklimat Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) telah disampaikan oleh saudari Fong Chuen Far manakala makluman Pertandingan Anugerah Hijau 2019 pula dikongsikan oleh saudara Muhammad Hafiz Ardiansyah. Sesi tersebut telah diakhiri dengan sesi perkongsian pendapat daripada dua orang pelajar atas keadaan sungai kita pada 10 tahun yang akan datang.

Maklumat lanjut berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2019 boleh diakses melalui laman web rasmi Anugerah Hijau 2019: http://anugerahhijau.my/.

Ucapan pembukaan oleh wakil sekolah
Taklimat Projek Sungai Nadi Kehidupan (River of Life) yang disampaikan oleh saudari Fong Chuen Far
Sesi soal jawab
Sesi penyampaian cederamata kepada pelajar yang menjawabkan soalan kuiz
Foto berkumpulan selepas sesi taklimat.