Para pelajar yang menyertai sesi taklimat terakhir Anugerah Hijau 2018

Setelah lebih sebulan menjalankan Kembara Anugerah Hijau 2018, akhirnya kembara untuk sesi kali ini telah sampai ke penghujungnya. Bertarikh 23 April 2018, Kembara Anugerah Hijau 2018 yang terakhir telah dijalankan di Victoria Institution. Sekolah yang diwakili oleh Ustadz Abdul Azim Othman telah menjemput wakil dari EcoKnights, saudara Emirul Redzuan dan saudara Syazwan Latiwf bagi menyampaikan taklimat yang masih bertopikkan sungai. Taklimat tersebut disertai oleh 280 orang pelajar yang merupakan para penghuni asrama 1Malaysia Victoria Institution.

Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 memfokuskan tentang kepentingan sungai terhadap manusia. Tidak ketinggalan, maklumat-maklumat berkaitan pertandingan Anugerah Hijau 2018 turut dikongsikan oleh para koordinator program dalam sesi taklimat yang disampaikan. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 menjadi medan terbaik untuk pihak sekolah membincangkan secara lanjut dan lebih dekat berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 turut memberi kesempatan yang baik kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan berkenaan Anugerah Hijau 2018 secara terus bersama wakil EcoKnights yang hadir.

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018 boleh di akses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2018 http://anugerahhijau.my/

Ustadz Azim selaku wakil Victoria Institution menyampaikan kata alu-aluan sebagai pembukaan sesi taklimat
Ustadz Azim selaku wakil Victoria Institution menyampaikan kata alu-aluan sebagai pembukaan sesi taklimat
Para pelajar yang menyertai sesi taklimat terakhir Anugerah Hijau 2018
Para pelajar yang menyertai sesi taklimat terakhir Anugerah Hijau 2018
Saudara Emirul Redzuan menyampaikan taklimat Anugerah Hijau 2018 kepada warga Victoria Institution
Saudara Emirul Redzuan menyampaikan taklimat Anugerah Hijau 2018 kepada warga Victoria Institution
Pelajar Victoria Institution tidak melepaskan peluang dalam menjawab soalan-soalan kuiz yang diselitkan ketika sesi taklimat dijalankan
Pelajar Victoria Institution tidak melepaskan peluang dalam menjawab soalan-soalan kuiz yang diselitkan ketika sesi taklimat dijalankan