Warga Sekolah Menengah Sains Alam Shah bergambar kenangan bersama wakil EcoKnights

Memasuki minggu keempat, Anugerah Hijau 2018 meneruskan kembaranya ke Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa dan Sekolah Menengah Sains Alam Shah pada tanggal 11 April 2018.

Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Sentosa yang diwakili oleh Cikgu Anisah Samingan yang merupakan Ketua Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam, Geografi dan Sub Skuad Combi, menjemput wakil dari pihak EcoKnights untuk menyampaikan taklimat berkenaan sungai. Taklimat telah dihadiri oleh 58 orang pelajar yang merupakan ahli-ahli Kelab Pencinta Alam, Geografi dan Sub Skuad Combi. Taklimat disampaikan oleh wakil EcoKnights, saudara Syazwan Latiwf. Sesi tersebut turut diselitkan dengan sesi perkongsian makluman Pertandingan Anugerah Hijau 2018.

Kembara Anugerah Hijau 2018 juga turut dijalankan di Sekolah Menengah Sains Alam Shah yang diwakili oleh Cikgu Tuan Norma Tuan Yaacob. Kembara tersebut dijalankan oleh saudara Emirul Redzuan dan saudara Syazwan Latiwf selaku wakil dari EcoKnights.Taklimat berkenaan sungai dan Pertandingan Anugerah Hijau 2018 itu disertai oleh 60 orang pelajar Sekolah Menegah Sains Alam Shah yang terdiri dari para pelajar Tingakatan 1, 2 dan 4.

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018 boleh di akses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2018 http://anugerahhijau.my/

elajar dari SMK Seri Sentosa yang Berjaya menjawab soalan kuiz berkenaan taklimat yang disampaikan
elajar dari SMK Seri Sentosa yang Berjaya menjawab soalan kuiz berkenaan taklimat yang disampaikan
Sebahagian dari warga SMK Seri Sentosa yang menghadiri taklimat yang disampaikan oleh wakil EcoKnights
Sebahagian dari warga SMK Seri Sentosa yang menghadiri taklimat yang disampaikan oleh wakil EcoKnights
Sesi taklimat di Sekolah Menengah Sains Alam Shah yang disampaikan oleh saudara Syazwan Latiwf