Warga SMK St John yang terlibat dalam sesi kembara Anugerah Hijau 2018

Kali ini kembara Anugerah Hijau meneruskan perjuangan dalam menyebarkan kesedaran berkenaan kepentingan menjaga sungai di Sekolah Menengah Kebangsaan St John yang diwakili oleh cikgu Nor Faizah Ahmad. Wakil EcoKnights pula terdiri dari saudara Syazwan Latiwf, saudari Ginny Loh dan juga saudara Johanan Kong.

Pada kembara kali ini, majlis dimulakan dengan sesi pelancaran tong kitar semula diketuai oleh tuan pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan St John.

Majlis diteruskan dengan sesi perkongsian maklumat berkenaan kepentingan sungai oleh wakil dari EcoKnights, saudara Syazwan Latiwf dimana terdapat perkongsian berkenaan fakta dan kajian yang dijalankan di kawasan Sungai Klang. Pihak EcoKnights juga turut memanfaatkan sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 ini untuk berkongsi maklumat-maklumat berkaitan pertandingan Anugerah Hijau 2018. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 menjadi medan terbaik untuk pihak sekolah membincangkan secara lanjut dan lebih dekat berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 turut memberi kesempatan yang baik kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan berkenaan Anugerah Hijau 2018 secara terus bersama wakil EcoKnights yang hadir.

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018 boleh di akses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2018 http://anugerahhijau.my/

Sesi pelancaran tong kitar semula oleh tuan pengetua SMK St John
Sesi pelancaran tong kitar semula oleh tuan pengetua SMK St John
Sesi ceramah Anugerah Hijau 2018 oleh saudara Syazwan Latiwf
Sesi ceramah Anugerah Hijau 2018 oleh saudara Syazwan Latiwf
Sesi penyampaian buku biografi SMK St John kepada pihak EcoKnights sebagai simbolik penghargaan