Wakil dari SMK Seri Ampang bergambar kenangan Bersama wakil-wakil EcoKnights

Kembara Anugerah Hijau 2018 diteruskan di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang di Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Ampang yang diwakili oleh Cik Norfarida Yaakob selaku guru penasihat kelab Pencinta Alam telah menjemput pihak EcoKnights yang diwakili oleh saudara Emirul Redzuan dan saudara Syazwan Latiwf selaku koordinator program Anugerah Hijau 2018.

Kembara yang disertai oleh 100 orang pelajar SMK Seri Ampang itu masih memfokuskan tentang kepentingan sungai terhadap manusia, pihak EcoKnights juga turut memanfaatkan sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 ini untuk berkongsi maklumat-maklumat berkaitan pertandingan Anugerah Hijau 2018. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 menjadi medan terbaik untuk pihak sekolah membincangkan secara lanjut dan lebih dekat berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 turut memberi kesempatan yang baik kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan berkenaan Anugerah Hijau 2018 secara terus bersama wakil EcoKnights yang hadir.

Maklumat lanjut berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018 boleh di akses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2018 http://anugerahhijau.my/

Taklimat River of Life dari wakil EcoKnights, En Emirul Redzuan.
Taklimat River of Life dari wakil EcoKnights, En Emirul Redzuan.
Salah seorang pelajar SMK Seri Ampang yang mengahadiri sesi taklimat River of Life
Salah seorang pelajar SMK Seri Ampang yang mengahadiri sesi taklimat River of Life
En Syazwan Latiwf, wakil EcoKnights menyampaikan taklimat berkenaan Pertandingan Anugerah Hijau 2018