Apakah Sungai Nadi Kehidupan?

Projek ‘River of Life’ (ROL) atau Projek Sungai Nadi Kehidupan merupakan satu usaha oleh Kementerian Wilayah Persekutuan (KWP) dan Jabatan Pengairan & Saliran (JPS) bermatlamat untuk mentransformasikan lapan (8) sungai yang terletak di sekitar Lembah Klang . Tujuan projek ini adalah untuk mengembalikan sungai-sungai ini menjadi bersih dan segar, lantas mampu menjadi kawasan kepada pelbagai aktiviti rekreasi sekali gus meningkatkan nilai ekonomi di persekitaran tepian sungai.

Pengindahan sungai merangkumi 10.7 km sungai Klang dan Gombak, dengan meningkat kualiti air dan nilai astetik sungai tersebut ianya dapat untuk meningkatkan kesedaran dan kepekaan penduduk disekitar kawasan Kuala Lumpur terhadap tanggungjawab mereka terhadap alam sekitar.

Mengambil contoh bandar seperti London dan sungai Thames, Seoul dan Cheonggyecheon River, serta Melbourne dan Sungai Yaraa yang dibina di sepanjang sungai yang bukan sahaja menyediakan keperluan pengangkutan dan rekreasi, malah ianya dipenuhi dengan pemandangan indah dan kini menjadi tarikan pelancong. Sungai-sungai ini dapat menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi sebuah bandar. Projek ini bercita-cita menjadikan sungai-sungai di Kuala Lumpur sedemikian agar ianya bersih dan indah.

Apakah itu KLEAR?

KLEAR atau ‘Klang Learning, Engagement and Action for River’ merupakan salah satu komponen penglibatan awam didalam projek Sungai Nadi Kehidupan yang memfokuskan dua sungai utama iaitu Sungai Kerayong dan Sungai Klang. Teras utama program ini adalah untuk menggerak dan memperkasakan penglibatan komuniti sekitar antaranya institusi pendidikan, persatuan penduduk dan badan korporat serta masyarakat umum untuk mengurangkan impak ke atas sungai dengan menerapkan gaya hidup yang lebih lestari.

KLEAR juga berhasrat untuk menjadi penghubung antara organisasi yang berminat untuk bersama-sama menyumbang dalam projek ini agar objektif dan matlamat dapat dicapai. Segala aktiviti dan usaha KLEAR adalah berdasarkan Matlamat Pembangunan Lestari (Sustainable Development Goals oleh Bangsa- Bangsa bersatu; United Nation) demi mencapai tiga matlamat utama iaitu Bandar dan Komuniti Mampan (Goal 11) Pengunaan dan Pengeluaran Mampan (Goal 12), Kehidupan Bumi (Goal 15), dan Kerjasama Mencapai Matlamat (Goal 17).