Anda prihatin dengan alam sekitar tetapi kecewa melihat keadaan sungai yang tercemar? Adakah anda ingin membantu sekolah anda menjadi lebih peka kepada alam sekitar? Kini anda berpeluang menjadi HERO alam sekitar! Marilah sertai pertandingan ANUGERAH HIJAU dan wakili sekolah anda.

Tunggu apa lagi? Anda boleh menjadi sebahagian daripada Anugerah Hijau 2018 dengan mendaftarkan sekolah anda. Setiap sekolah yang berminat dikehendaki menghantar sebuah kertas kerja yang ringkas.

Anugerah Hijau 2018 merupakan salah satu inisiatif di bawah Projek Sungai Nadi Kehidupan yang bertujuan untuk meningkatkan kualiti sungai di kawasan Lembah Klang. Melalui projek ini, para belia di Kuala Lumpur dapat menanam rasa cinta kepada sungai-sungai disekitar mereka. Sila rujuk laman web kami ini untuk mengetahui maklumat yang lebih lanjut tentang program ini.