Tahun ini, Anugerah Hijau berusaha untuk meningkatkan kesedaran dikalangan para pelajar, guru, pentadbir sekolah, ibu bapa dan organisasi kerajaan mengenai kepentingan menjaga alam sekitar. Matlamat utama pertandingan ini adalah untuk mendidik generasi muda mengenai pengurusan sisa dan kepentingannya dalam memastikan sungai yang bersih pada masa akan datang.  Pihak kami berharap untuk mendidik golongan belia untuk menanam rasa tanggungjawab terhadap sampah yang mereka hasilkan untuk mencapai matlamat program ini.

Matlamat program ini adalah untuk mendidik belia Malaysia untuk lebih bertanggungjawab terhadap pengurusan sampah. Seterusnya, golongan ini akan dapat menjalani cara hidup yang lebih teratur terhadap pembuangan sampah dan memupuk elemen kelestarian di dalam diri masing-masing.

 

Pertandingan ini bertujuan untuk:

  • Mendidik generasi muda tentang pengurusan sampah dan bagaimana ia dapat dijalankan di sekolah.
  • Menggalakkan pemikiran secara kritikal dan kreatif dengan menyediakan latihan kepada sekolah dan menggalakkan pelajar untuk mengekspresikan idea kreativiti mereka.
  • Membantu mewujudkan sistem pengurusan sisa organik dan sisa pepejal dalam sekolah

Tema untuk pertandingan 2018:

Pengurusan Sisa

Untuk edisi kali ini, tema yang dipilih memfokuskan sistem pengurusan sisa di sekolah. Dua kategori utama ialah: Sisa Pepejal dan Sisa Organik. Setiap sekolah perlu berbincang cara terbaik untuk melaksanakan sistem pengurusan sisa di sekolah mereka. Selepas itu, setiap sekolah perlu menghantar dokumen idea mereka dengan syarat-syarat di bawah perlu dipenuhi:

Sisa Pepejal

Sisa Pepejal atau “Solid Waste” adalah barang sekerap atau benda lebihan lain yang tidak dikehendaki yang biasanya akan dibuang. Sisa pepejal yang dimaksudkan ini lebih kepada bahan-bahan yang dihasilkan oleh manusia.

Ciri-ciri Sisa Pepejal:

  1. Bahan yang tidak dikehendaki
  2. Bahan yang boleh dikitar semula atau tidak boleh dikitar semula
  3. Sampah yang biasanya dihantar ke tapak pelupusan

Sisa Pepejal boleh membawa kesan yang negatif jika tidak diuruskan dengan cara yang betul memerlukan kos yang tinggi, mulanya daripada kutipan sampah, pengumpulan, hingga pengangkutan sampah ke tapak pelupusan. Contoh Sisa Pepejal adalah kertas, plastik, kaca, logam dan lain-lain.

Sisa Organik

Sisa organik adalah bahan biodegrasi yang boleh lerai oleh organisma dalam suatu jangka masa. Sisa organik yang dibuang di tapak pelupusan akan melalui proses peleraian anaerobik, di mana proses ini akan mengeluarkan gas yang metana yang akan membahayakan bumi.

Antara sisa organik yang diklasifikasi adalah:

Sisa makanan dan kebun
  1. Makanan basi dan tamat tempoh.
  2. Sisa buangan dari taman seperti rumput, dedaun, dan bebunga.
  3. Berfaedah jika dijadikan bahan kompos.
Minyak masak terpakai
  1. Minyak masak dari tumbuhan, haiwan dan hidupan lain.
  2. Paip boleh tersumbat jika dibuang di sinki.
  3. Boleh dikitar semula untuk kegunaan lain atau boleh dihantar ke pusat pengumpulan minyak terpakai.

Manfaat

Melalui penyertaan sekolah di dalam pertandingan ini, anda mampu:

  1. Mempengaruhi komuniti dikalangan rakyat sekolah.
  2. Meningkatkan kerjasama diantara anda dan rakan-rakan daripada pelbagai latar belakang dan menghasilkan idea untuk membentuk sistem pengurusan sampah yang terbaik di sekolah.
  3. Membina kemahiran kepimpinan diantara anda dan rakan-rakan bersama dengan kemahiran organisasi, menganalisis masalah dan kerja secara berpasukan.
  4. Melahirkan sikap peka terhadap alam sekitar dan mengamalkan amalan peka terhadap sampah yang dihasillkan didalam anda dan rakan-rakan.

Sekolah yang peka terhadap sampah dapat memberi peluang kepada anda untuk belajar tentang:

  1. Kemahiran analisis.
  2. Prinsip-prinsip asas perniagaan.
  3. Kepentingan budaya komuniti dan kerjasama.
  4. Peka terhadap isu-isu berkenaan alam sekitar.

Yang paling menarik sekali, ini merupakan satu peluang keemasan untuk anda menjadi HERO dan menyelamatkan sungai kita. Anda dapat mempelajari cara mengurangkan aliran sampah dan menjaga sungai-sungai kita bebas dari sampah. Setiap aspek tersebut dapat mendekatkan anda dengan alam sekitar.