Pada 7 Mac 2018, Anugerah Hijau 2018 memulakan sesi kembara yang pertama pada tahun ini bertempat di Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur. Sekolah Menengah Sains Selangor yang diwakili oleh Puan Mazlita Hussain selaku Guru Penolong telah menjemput pihak EcoKnights yang diwakili oleh saudara Emirul Redzuan dan saudara Syazwan Latiwf selaku koordinator program Anugerah Hijau 2018. Ceramah ini disertai oleh para pelajar Tingkatan 4 Sekolah Menengah Sains Selangor.
Pada 8 Mac 2018, Kembara Anugerah Hijau 2018 diteruskan dengan kembara seterusnya di SMK Darul Ehsan, Selangor. Encik Ayadurai Letchumanan selaku Guru Penasihat Kelab Pencinta Alam mewakili SMK Darul Ehsan telah menjemput pihak EcoKnights untuk memberi ceramah berkenaan Anugerah Hijau 2018. Pada sesi kali ini, pihak EcoKnights yang diwakili oleh saudara Emirul Redzuan, saudara Syazwan Latiwf serta saudari Ginny Loh membincangkan topik bertajuk “Anda dan Sungai” di mana sesi tersebut mengupas perihal kaitan di antara manusia dan sungai. Sesi ini disertai oleh ahli-ahli Kelab Pencinta Alam SMK Darul Ehsan yang terdiri daripada kalangan para pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 6.
Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 memfokuskan tentang kepentingan sungai terhadap manusia. Tidak ketinggalan, maklumat-maklumat berkaitan pertandingan Anugerah Hijau 2018 turut dikongsikan oleh para koordinator program dalam sesi ceramah yang disampaikan. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 menjadi medan terbaik untuk pihak sekolah membincangkan secara lanjut dan lebih dekat berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018. Sesi Kembara Anugerah Hijau 2018 turut memberi kesempatan yang baik kepada pihak sekolah untuk menyelesaikan sebarang kemusykilan berkenaan Anugerah Hijau 2018 secara terus bersama wakil EcoKnights yang hadir.
Maklumat lanjut berkenaan pertandingan Anugerah Hijau 2018 boleh diakses di laman web rasmi Anugerah Hijau 2018 http://anugerahhijau.my/